mcmc
Maklumat Pi1M

Maklumat Pi1M

 

Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Taman Tenggara Parit Buntar, Perak, mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda kerana sudi mengunjungi laman portal kami. Pihak kami amat mengalu-alukan kunjungan dan kehadiran anda semua ke PI1M ) Taman Tenggara Parit Buntar bagi merancakkan lagi program yang akan dianjurkan bagi menigkatkan pengetahuan dan kemahiran komuniti setempat.

                                                                                                                                                                 

PI1M merupakan inisiatif pihak kerajaan  yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Telekom Malaysia (TM) dan diuruskan sepenuhnya oleh MSD Digital Intelligence Sdn  Bhd. Objektif utama penubuhan PI1M adalah untuk merapatkan jurang  digital di kalangan penduduk  luar bandar agar seiring dengan pengetahuan ICT penduduk bandar. Selain itu, PI1M turut memberi pendedahan  dan program latihan ICT  kepada masyarakat setempat agar mereka dapat menggunakan sepenuhnya kemudahan yang disediakan kerajaan tanpa mengira had umur. Secara tidak langsung, hal ini dapat meningkatkan taraf ekonomi dan taraf pengetahuan ICT dalam kalangan masyarakat setempat.

 

KEAHLIAN

 

Keahlian terbuka pada semua penduduk tempatan.

Untuk menjadi ahli hanya RM5.00 seumur hidup.

Jika ahli tidak aktif lebih dari setahun, keahlian akan dibatalkan.

Setiap ahli akan mendapat kad keahlian dan tidak boleh ditukar milik.

Ahli mendapat keistimewaan dari segi latihan dan bayaran penggunaan.

Ahli baru akan mendapat internet percuma selama 90 jam.