Parit Buntar terletak di sebelah Utara Negeri Perak dan bersempadan dengan dua buah negeri iaitu Bandar Baharu, Kedah dan juga Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan Pulau Pinang. . Berkeluasan kira-kira 90,000km persegi, Daerah Kerian mempunyai tanah rata dan subur serta dua daripada mukim yang terdapat di daerah ini merupakan kawasan yang berbukit iaitu Gunung Semanggol dan Beriah.
Parit Buntar yang menjadi pusat pentadbiran bagi Daerah Kerian merupakan sebuah penempatan yang membangun. Parit Buntar terdiri daripada gabungan bandar lama dan bandar baru. Pentadbiran Majlis Daerah Kerian di Parit Buntar ini mempunyai lapan buah mukim di bawahnya. Antaranya ialah Parit Buntar, Tanjung Piandang, Kuala Kurau, Bagan Tiang, Bagan Serai, Gunung Semanggol, Beriah dan juga Selinsing.
Mercu tanda bagi Bandar Parit Buntar adalah Menara Jam yang terletak di Pekan Lama Parit Buntar. Ia adalah lambang kemajuan dan kemakmuran penduduk Parit Buntar. Menara jam ini dibina pada awal tahun 1961 dan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia Pertama iaitu Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 24 Ogos 1961. Menara ini didirikan oleh Lim Chong Chee
Parit Buntar dihubungkan dengan Bandar Baharu melalui jambatan yang melintasi Sungai Kerian. Pinggiran Sungai Kerian yang terletak di Pekan Lama Parit Buntar adalah sebuah taman rekreasi yang sering menjadi kunjungan penduduk di sekitar Parit Buntar dan orang luar Terdapat beberapa kampung yang terletak berhampiran dengan Bandar Parit Buntar antaranya ialah Titi Serong, Kampung Parit Tok Ngah, Kampung Parit Haji Wahab, Tanah Kebun dan beberapa buah kampung lagi.
Sumber:http://asamgaram2puteri.blogspot.com/ LOKASI PARIT BUNTAR


